NEWS

Ucapan Tahniah oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ucapan Tahniah oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya dan Azizah mengucapkan tahniah kepada Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin atas pengurniaan Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial oleh Raja Permaisuri Thailand, Ratu Suthida Bajrasudhabimalalakshana.

Pengiktirafan ini bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah menyerlahkan ketokohan, keupayaan dan sumbangan besar wanita Malaysia yang terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa. Semoga pengiktirafan ini menjadi ilham kepada lebih ramai wanita untuk terus menyumbang dengan ilmu, kepimpinan dan nilai ihsan dalam membina masyarakat serta menjayakan agenda Malaysia MADANI.

Jentera MADANI pimpinan saya akan terus berusaha memartabatkan peranan wanita, memperluas peluang penyertaan mereka dalam pelbagai bidang, serta memastikan bakat, kepimpinan dan potensi wanita terus diperkasa sebagai antara tunjang utama pembangunan negara.

YakinMADANI

Facebook
https://www.facebook.com/share/p/1BkgnF8FSL/?mibextid=wwXIfr

Instagram
https://www.instagram.com/p/DbnSnxjACZY/?igsh=MTVudnBkbHR1NjdnNw==

X
https://x.com/anwaribrahim/status/2084578801443311916?s=46

Threads
https://www.threads.com/share/BBRNcAQtcb/

WhatsApp
‎https://whatsapp.com/channel/0029VaJbBu79Bb61Q2kTAh1C

Telegram
https://t.me/anwaribrahim_official