INISIATIF UTAMA & IMPAK

KEY INITIATIVES & IMPACT

Pioneering transformational reforms in gender equity, care infrastructure, education safety, and civic engagement.

Gerakan Utama Nasional / Serantau Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Prof. Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin’s signature national / regional movements

1

Kepimpinan Wanita & Pemerkasaan Politik Wanita

Menerajui NCWO dan ACWO dalam menggerakkan dasar kebangsaan bagi mencapai sasaran 30% penyertaan wanita dalam pembuat keputusan yang diperjuangkan secara berterusan merentasi pelbagai pentadbiran Kerajaan daripada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Najib Razak hingga kini. Beliau terkenal dengan pendekatan profesional mewujudkan kerjasama erat dengan setiap Perdana Menteri dan Kerajaan Semasa demi kemajuan wanita, di samping memelopori Matriks Akauntabiliti PantauPRU15.

Women's Leadership & Political Empowerment

Leading NCWO and ACWO in driving national policy for 30% women representation in key decision-making roles an advocacy steadfastly pursued across successive administrations, from the tenure of Tun Abdullah Ahmad Badawi and Dato’ Seri Najib Razak to the present. Recognized for her professional collaboration with every Prime Minister and Government of the Day to advance the women’s agenda, while also pioneering the PantauPRU15 accountability matrix.

2

Agenda Ekonomi Penjagaan

Pelopor strategi kebangsaan untuk memprofesionalkan sektor penjagaan dan membangunkan infrastruktur penjagaan mampan. Beliau memimpin usaha pemerkasaan ibu tunggal serta pengukuhan daya tahan institusi keluarga sejak sekian lama—jauh sebelum pelancaran Ekonomi MADANI—yang kini terus diselaras dan diperkasa seiring dengan aspirasi kerangka ekonomi semasa negara.

The Care Economy Agenda​

Pioneering national strategies to professionalise caregiving and build robust care infrastructure. She has long spearheaded initiatives to empower single mothers and strengthen family resilience—well before the advent of Ekonomi MADANI—which are now continuously aligned and reinforced alongside the nation’s current economic framework.

3

Reformasi Standard dan Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi Malaysia

Berperanan penting dalam reformasi standard dan jaminan kualiti pendidikan tinggi Malaysia, serta menerajui penubuhan MQA dan MQF sebagai kerangka nasional yang berkekalan bagi kualiti, standard dan pengiktirafan program pendidikan tinggi di Malaysia

Reforming Standards and Quality Assurance in Malaysian Higher Education

Played a pivotal role in reforming standards and quality assurance in Malaysian higher education, and spearheaded the establishment of the MQA and MQF as enduring national frameworks for the quality, standards and recognition of higher education programmes in Malaysia.

4

Penglibatan Sivik & Kelestarian

Memajukan tanggungjawab sosial universiti dan keterlibatan komuniti menerusi rangkaian global Talloires Network semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Naib Canselor UKM. Beliau memelopori pengintegrasian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke dalam kurikulum pendidikan tinggi serta memperkasakan penyelidikan berasaskan penglibatan masyarakat.

Civic Engagement & Sustainability

Advancing university social responsibility and community engagement through the global Talloires Network during her tenure as Vice-Chancellor of UKM. She pioneered the integration of UN Sustainable Development Goals (SDGs) into higher education curricula and championed community-engaged scholarship.