NEWS

THE OUTSTANDING WOMAN FOR SOCIAL DEVELOPMENT

Seluruh warga NCWO Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Presiden kami- Yang Berbahagia Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan atas pengurniaan “Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial” daripada Her Majesty, Queen Suthida Bajrasudha Bimalalakshana, Raja Permaisuri Thailand pada 1 Ogos 2026, sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Thailand.

Penganugerahan ini amat bermakna kerana inilah kali pertama semenjak 1957, Raja Permaisuri Thailand memberi pengiktirafan kepada Wanita Cemerlang bukan dari kelompok rakyatnya.

Seluruh warga NCWO Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Presiden Tan Sri Sharifah Hapsah dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kejayaan ini.

Inilah hadiah terbaik kepada kami sempena menjelangnya Sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke 65!