NEWS

Ucapan Tahniah Hajah Nancy Haji Shukri’s

Setinggi-tinggi tahniah buat Yang Berbahagia Profesor Emerita Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan atas pengurniaan “Anugerah Tokoh Wanita Cemerlang bagi Pembangunan Sosial” daripada Her Majesty, Queen Suthida Bajrasudha Bimalalakshana, Raja Permaisuri Thailand sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan Thailand baru-baru ini ❤️

Saya sendiri menyaksikan dedikasi, komitmen dan keikhlasan yang sentiasa dicurahkan demi mengangkat wanita lain untuk turut berjaya melalui program yang dijalankan oleh NCWO, di bawah kepimpinan beliau.

Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa keilmuan, kepimpinan dan dedikasi wanita Malaysia terus mendapat pengiktirafan di persada antarabangsa sekiranya diberi ruang untuk berkembang, memimpin dan mencapai potensi sepenuhnya tanpa batasan.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi wanita hari ini dan akan datang dalam membawa perubahan yang bermanfaat serta menyumbang kepakaran demi kemajuan masyarakat dan negara.

Kita raikan Wanita 🫶🏻

https://www.facebook.com/100044518514675/posts/1614853926675209/?rdid=M7hQXyiHBrPK2HLt#